4 Ogos 2009, 5. 23 petang
Hiruk pikuk pejabat menambahkan kebosananku…entah apa yang aku nak buat. Kerja masih lagi tidak berjalan. Sudah bertimbun-timbu kerja tertangguh bilanya nak siap? Kadang-kadang aku terfikir, Dah sedia ke aku ni nak melangkah ke dunia pekerjaan?Apa yang aku ingin kan sekarang?
3 tahun lalu bersemangat aku untuk menymabung pengajjian…tapi masa intu begitu singkat langsung tak kita sedari. Aduhai…maknanya umur aku pun makin bertambah secara kasarnya dah tua!!!
Mataku mul melihat jam di papan skrin computer, jam pukul 5.25 petang…ada lagi 35minit..tak tahan rasa duduk di atas kerusi besi bercirikan korporat ini, sambil mata menatap tajam pada papan skrin computer.
Kak Shima di belakangku tak henti-henti bercakap entah dengan siapa la agaknya…Andai telefon tu boleh bercakap, mesti dia dah bagi surat rsign kat kak ainey…tak tahan mendengar leteran kak shima. Kadang-kadang pelik jugak aku benda apa la yang disembangkan….hmmmm mungkin pasal kerja,pasal dan mungkin pasal orang pejabat. Yelah kan orang ni macam-macam ragam....leteran kak Shima tu kadang-kadang buat aku menguap berkali-kali, mengantukkkk
Tapi aku tau kak Shima seorang yang baik….aku pernah balik lewat buat prosposal untuk event UMNO dengan dia, kak ainey pun ada jugak masa tu…orang kedah kata pulun sakan…last sekali pukul dua baru balik…esok tu…demam tapi datang kerja jugak….
Mungkin satu nilai tanggungjawab yang dicanangkan ESQ dah terukir dalam diri..senyum kecil aku.
Teringat pula, tadi Harez call, dia dah sampai dekat Rawang singgah rumah sepupu dia sekejap. Harez nak datang rumah ‘bujang’ aku malam ni, mungkin nak bermalam di rumah aku semalam sementara nak bertolak ke UPM esok. Letih tu drive dari kedah nuuuu…Aku pun nak tumpang dia ni..yelah kami sama-sama nak konvo hahahaha….
gembira tak terkira…tapi aku terfikir kenapa aku gembira? Mungkin dapat jumpa kawan-kawan? Maybe maka ayah family datang tengok aku datang menjulang segulung ijazah yang didambakana selama tiga tahun mengerah mental dan fizikal di UPM di kolej KTDI terchenta….
Aku pun kena balik awal hari ini, nak siap-siap barang nak pergi UPM…tapi barang aku macam tak cukup lengkap…baju,seluar dan kasut semua nak kena beli baru…habis la duit gaji aku bulan ni. Dah la bulan ni banyak dui nak kena guna….takpalah sabar jelah….
Berjuang!berjuang!berjuang!.....
Aduh…sentiasa kena sogok dengan kata-kata ni…termangu aku jadinya….
Yelahkan sapa taknak kerja yang dapat pahala yang menguntungkan dunia dan akhirat…Tapi kerja Ya Allah banyaknya…pastu sentiasa ad-hoc…boleh sampai tahap #%%%^%$&& jadinya….Arghhhh malas dah nak fikir lagi..kerja jela buat yang setakat termampu…(astagfirllah) istigfar3x.......
Tiba-tiba ofis aku ni makin ramai orang plak.. Aduh ni yang lagi naik semangat nak balik nih…aduh baru 5.51 petang..tapi dah boleh kemas2 barang dah ni..hehehehe 9 minit je lagi...boleh la relaks-relaks tiga hari..tanpa piker pasal kerja..tapi ada masalah lain pulak di UPM nun banyak benda jugak nak kena setel….Hmmmm layan je laaaa..selagi hayat dikandung badan..
Okey cukuplah untu kali ni.... seronok jugak dok mengarang macam nih hahaha...tapi rasa macam cakap sorang2 pulak...hmmm lantak lah janji hepy+enjoy=bahagia
K jumpa lag d lain ruangan..salam bubbbbbye.........dah jam 6 laa....